AI di Malaysia perlu terap keilmuan Turath Islam

  • 📰 theSundaily
  • ⏱ Reading Time:
  • 42 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 51%

Bernama News

Technology Technology Latest News,Technology Technology Headlines

SHAH ALAM: Bidang kecerdasan buatan (AI) di Malaysia perlu diterapkan dengan nilai keilmuan turath (ilmu warisan) Islam dan tidak berpandukan acuan ba...

Bidang kecerdasan buatan di Malaysia perlu diterapkan dengan nilai keilmuan turath Islam dan tidak berpandukan acuan barat sepenuhnya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata kemahiran dan pembangunan kemajuan AI dalam negara, perlu diisi dengan khazanah ilmu serta legasi Islam untuk dijadikan korpus , agar perkembangan teknologi itu seiring dengan adab dan akhlak. Anwar berkata ilmu yang terkandung di dalam teknologi AI ketika ini berdasarkan bahan daripada barat, kerana teknologi itu dibangunkan oleh mereka.

“Kebimbangan saya di Malaysia dalam mengembangkan AI dan digital ialah kerana nilai dipupuk itu adalah nilai dan pemikiran barat. Walaupun AI itu dianggap sebagai seolah-olah neutral kerana seluruh korpus ilmu boleh dimasukkan dan bila ada soalan, jawapannya itu nampak lengkap. “Sebab itu, nilai turath ini mesti dimasukkan supaya AI yang ‘dimuntah’ dan diluahkan dari negara Islam itu tidak terpisah dari sistem dan nilai akhlak Islam,” katanya.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 25. in TECHNOLOGY

Technology Technology Latest News, Technology Technology Headlines