BAITULMUQADDIS: Hartawan Elon Musk memaklumkan perkhidmatan peranti satelit miliknya, Starlink akan menyokong akses internet untuk agensi bantuan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa selepas rangkaian telekomunikasi di Gaza lumpuh sebelum disambung semula.
“Starlink akan memberi sokongan kepada sambungan komunikasi kepada agensi bantuan yang diiktiraf pihak antarabangsa di Gaza,” katanya menerusi platform X miliknya. Difahamkan, Starlink adalah rangkaian satelit yang ditempatkan di orbit rendah bumi dan berupaya menyediakan akses internet kepada lokasi terpencil atau kawasan yang mempunyai infrastruktur komunikasi normal, namun tidak dapat berfungsi seperti biasa.
Rangkaian itu membantu tentera dengan kebolehan teknologi canggih untuk beroperasi di kawasan yang berdepan isu komunikasi terputus, sekali gus menjadi alat ‘medan pertempuran utama’ untuk Kiev.
Technology Technology Latest News, Technology Technology Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »