Liberty Technology Resources diarah bayar RM14.39 juta kepada SSM | The Malaysian Insight

  • 📰 msianinsight
  • ⏱ Reading Time:
  • 36 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 63%

Technology Technology Headlines News

Technology Technology Latest News,Technology Technology Headlines

Liberty Technology Resources diarah bayar RM14.39 juta kepada SSM

LIBERTY Technology Resources Sdn Bhd diarahkan untuk membayar RM14.39 juta kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia selepas tuntutan samannya ke atas suruhanjaya itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan hari ini SSM menjelaskan saman tersebut difailkan oleh LTRSB berikutan pihaknya menamatkan kontrak pembangunan sistem ‘Enterprise Resource Planning’ pada 19 Disember 2019 kerana kegagalan LTRSB membangun dan menyiapkan projek tersebut dalam tempoh yang ditetapkan walaupun lanjutan masa diberikan.Menurut kenyataan itu Hakim Ong Chee Kwan turut membenarkan tuntutan balas SSM dengan LTRSB diarah untuk memulangkan semula RM12,228,365.

Hakim juga mengarahkan LTRSB untuk membayar faedah sebanyak lima peratus ke atas jumlah tuntutan SSM yang dikira dari 26 November 2020 sehingga pembayaran penuh tuntutan SSM serta kos sebanyak RM200,000 kepada SSM. – Bernama, 25 Jun, 2023.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 8. in TECHNOLOGY

Technology Technology Latest News, Technology Technology Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

High Court orders Liberty Technology Resources to pay RM14.39m to Companies CommissionKUALA LUMPUR, 22 Jun — Liberty Technology Resources Sdn Bhd (LTRSB) has been ordered to pay about RM14.39 million to the Companies Commission of Malaysia (SSM) after the Kuala...
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »